Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan penyelamat menemukan empat mayat daripada kebakaran yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Jakarta pada Rabu malam. Foto hiasan AFP

Sekurang-kurangnya 4 maut dalam kebakaran pusat beli-belah di Indonesia

ByBernama

JAKARTA, 17 Jan: Pasukan penyelamat menemukan empat mayat daripada kebakaran yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Jakarta pada Rabu malam, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat bandar raya itu pada Khamis, lapor Xinhua.

Mangsa ditemukan di tingkat lapan Glodok Plaza pada petang Khamis dan dibawa ke hospital polis untuk proses pengecaman lanjut, kata Ketua Agensi Bomba dan Penyelamat Jakarta, Satriadi Gunawan.

Gunawan mengesahkan bahawa lapan orang dilaporkan hilang dalam insiden itu.

Pasukan penyelamat dikerahkan untuk mencari di tingkat tujuh dan lapan, dipercayai lokasi terakhir individu yang dilaporkan hilang, di kawasan hiburan yang disyaki menjadi punca kebakaran.

Laporan awal menunjukkan kebakaran bermula kira-kira 9.20 malam waktu tempatan di mukim Tamansari. Beberapa pengunjung dilaporkan berada di dalam pusat beli-belah itu semasa kebakaran berlaku.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan