Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamed Khaled (dua dari kini) hadir pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2025 Kementerian Pertahanan di sini, hari ini. Foto, TVS.

ATM laksana kajian penubuhan unit siber

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 16 Jan: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menjalankan kajian berhubung penubuhan unit siber, kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, kajian berkenaan meliputi soal kebolehlaksanaan dan kemampanan unit berkenaan bagi menangani cabaran keselamatan siber yang semakin meningkat.

Tambahnya ATM perlu menilai kedudukan, keupayaan serta strategi bagi memastikan keupayaan mereka berada pada tahap terbaik.

“Hasil kajian ini seterusnya akan kita kemukakan untuk perhatian kerajaan,” katanya pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2025 Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) , Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Goriman Khan dan Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM), Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata pihaknya akan membentangkan Kajian Separuh Penggal Kertas Putih kepada kerajaan pada suku pertama tahun ini setelah ia selesai disiapkan oleh kementeriannya.

Beliau memambah, bergantung kepada kajian kemungkinan, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) mesti menjadi platform untuk menyokong penubuhan pasukan siber yang komprehensif. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan