Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan seorang warga emas setelah menemukan dadah yang disyaki syabu dan heroin seberat lebih dua kilogram di kediamannya di Sungai Abong, di sini, Selasa lepas. Foto hiasan Envato

Warga emas ditahan miliki dadah lebih 2 kilogram di Muar

ByBernama

MUAR, 16 Jan: Polis menahan seorang warga emas setelah menemukan dadah yang disyaki syabu dan heroin seberat lebih dua kilogram di kediamannya di Sungai Abong, di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata suspek lelaki yang mempunyai rekod kesalahan lampau itu, juga didapati positif dadah jenis ‘mop’.

“Suspek ditahan berhampiran kawasan perumahan sebelum dibawa ke rumahnya, sebelum polis menemukan heroin seberat 1.05 kilogram dan syabu seberat 1.22 kilogram dengan nilai anggaran RM67,665,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Suspek ditahan reman hingga Isnin (20 Jan) untuk siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan