Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Di SARAWAK, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 43 orang daripada 22 keluarga berbanding 42 orang daripada 22 keluarga, malam semalam. Foto Sosial media

Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor dan Perak kekal malam ini

KUALA LUMPUR, 15 Jan: Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 malam ini.

Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 42 orang daripada 22 keluarga berbanding 20 orang daripada 13 keluarga, petang tadi.

Kesemua mereka dari Rumah Leo dan Rumah Alice Jimmy ditempat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kompleks Sukan Kanowit di daerah Kanowit.

Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal dengan 230 orang daripada 72 keluarga yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Pontian serta Dewan Serbaguna Kahang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kahang, Kluang.

Sementara itu, di PERAK, jumlah mangsa banjir kekal 31 orang daripada sembilan keluarga dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi dan Kampung Pengkalan Damar, Manjung, yang ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Beruas, setakat 8 malam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan