Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah percaya Sarawak boleh dijadikan sebagai 'Norway of the East'. Foto TVS

Sarawak beraspirasi menjadi ‘Norway of the East’, model pengurusan kewangan terbaik dunia

ByMuqri Aziz

JOHOR BAHRU, 15 Jan: Sarawak kini sedang memperkukuhkan kedudukannya di peringkat global dengan aspirasi untuk menjadi ‘Norway of the East’ seperti yang dihasratkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Norway dijadikan sebagai model inspirasi kerana negara tersebut terkenal dengan pengurusan kewangan terbaik dunia serta amalan sistem dana kekayaan berdaulat yang mantap.

Beliau berkata, sistem tersebut juga telah mula dipraktikkan di Sarawak dan menjadi kunci kepada pembangunan ekonomi yang lestari.

“Persoalannya, mengapa Norway? Kalau kita selidik secara mendalam, persekitaran Norway, termasuk jumlah populasinya, sedikit sebanyak menyerupai Sarawak.

“Jika kita melihat pentadbiran kewangan jangka panjang Norway, ramai tidak tahu bahawa apabila seorang bayi dilahirkan, bayi tersebut secara automatik adalah seorang jutawan kerana pengurusan kewangan mereka yang sangat baik.

“Sebab itu, apabila Sarawak mahu menubuhkan dana kekayaan berdaulat, kami jadikan Norway sebagai model rujukan,” katanya ketika ditemui TVS di Persada Johor International Convention Centre di sini, hari ini.

Tambah Abdul Karim, dengan visi besar itu, Sarawak berada di landasan yang tepat untuk mencapai status negeri maju dan menjadi contoh kepada wilayah lain di Malaysia, selari dengan aspirasi untuk dikenali sebagai ‘Norway of the East’.

Beliau turut menekankan bahawa pendekatan yang diambil oleh Premier Sarawak bukan sahaja memberi manfaat kepada ekonomi wilayah tersebut, tetapi juga kepada kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.

Baru-baru ini, Abang Johari turut menyatakan hasrat untuk menjadikan Sarawak sebagai ‘Norway of the East’.

Beliau berkata, Sarawak akan mengambil beberapa negara Scandinavia seperti Norway, Finland, Sweden, dan Denmark sebagai model untuk pembangunan, khususnya dalam aspek ekonomi dan pengurusan sumber. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan