Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pembuat telefon pintar dari China, Xiaomi Corp secara rasmi melancarkan produk telefon pintar terunggulnya di Korea Selatan pada Rabu, menandakan permulaan operasi perniagaannya di negara itu. Foto fail AFP

Xiaomi lancar produk terunggul di Korea Selatan

ByBernama

SEOUL, 15 Jan: Pembuat telefon pintar dari China, Xiaomi Corp secara rasmi melancarkan produk telefon pintar terunggulnya di Korea Selatan pada Rabu, menandakan permulaan operasi perniagaannya di negara itu.

Agensi berita Yonhap melaporkan, syarikat itu mengadakan sidang akhbar pertamanya di Seoul dengan memperkenalkan dua model terbaharu, Xiaomi 14T dan Redmi Note 14 Pro 5G.

Xiaomi turut merancang memperkenalkan produk lain seperti telefon pintar, televisyen, peranti serta penyedut hampagas robotik secara berperingkat sehingga Februari, menurut pegawai syarikat itu.

Ketua Cawangan Xiaomi Korea Selatan Jony Wu berkata visi Xiaomi untuk mencipta “inovasi untuk semua” seiring dengan kecenderungan pengguna Korea yang mementingkan kualiti tinggi pada harga yang berpatutan.

Sementara itu, Xiaomi memaklumkan tiada perancangan untuk memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) di pasaran Korea Selatan dalam masa terdekat, sebaliknya akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pasaran EV di China untuk tiga tahun akan datang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan