Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelajar-pelajar jurusan aliran TVET yang ditemui TVS. Foto TVS

Aliran TVET lahir tenaga mahir berkualiti

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 15 Jan: Aliran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) diyakini berkeupayaan melahirkan tenaga kerja mahir yang diperlukan oleh industri berkaitan.

Perkara itu diakui Muhammad Azamuddin Ali, 20, seorang pelajar dalam bidang Teknologi Kimpalan berikutan bidang  TVET memainkan peranan penting dalam melahirkan individu yang berkemahiran tinggi.

“Institut TVET seperti ILP melahirkan golongan yang mampu bekerja dengan kualiti dan menyesuaikan diri dengan mudah di tempat kerja,” katanya ketika ditemui TVS di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, hari ini.

Sementara itu, Nur Eliana Kamil, 21, yang mengikuti kursus Sijil Teknologi Pemasangan Paip Minyak dan Gas berkata, menekankan bahawa 80 peratus belia yang menamatkan pengajian di TVET berjaya mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kehendak industri.

“Ini membuktikan bahawa negara maju memerlukan pekerja berkemahiran tinggi, terutama di Malaysia,” katanya.

Kedua-dua pelajar ini turut berkongsi manfaat TVET yang jelas memberi kelebihan kepada pelajar yang tidak berminat dalam akademik tradisional.

Muhammad Azamuddin menjelaskan bahawa pembelajaran berasaskan praktikal memudahkan pemahaman dan penguasaan kemahiran.

“Kita belajar dengan tangan sendiri, jadi lebih mudah faham dan ingat,” katanya.

Nur Eliana pula menambah bahawa TVET menawarkan pelbagai kemudahan seperti elaun percuma, asrama, makanan, dan ruang pembelajaran yang kondusif.

“Semua ini membantu pelajar fokus kepada pembelajaran tanpa beban kewangan yang berat,” ujarnya.

Muhammad Azamuddin mencadangkan penambahan kursus berkaitan teknologi moden seperti drone, Kecerdasan Buatan (AI), dan Teknologi Maklumat (IT).

“Bidang-bidang ataupun kos-kos berkaitan dengan teknologi seperti teknologi drone, AI, IT dan sebagainya akan lebih luas di masa akan datang,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan