Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fazzrudin Abdul Rahman berkata hanya perlu ada satu Perdana Menteri dalam Malaysia.

Cadangan tukar gelaran Premier Sarawak kepada Perdana Menteri tidak perlu

KUCHING, 14 Jan: Meskipun usaha untuk mengembalikan hak-hak Sarawak wajar mendapat sokongan daripada seluruh rakyat negeri ini, cadangan untuk menukar gelaran Premier Sarawak kepada Perdana Menteri Sarawak adalah tidak perlu.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman berkata:

“Dalam erti kata lain, hanya perlu ada satu Perdana Menteri dalam Malaysia dan jawatan tersebut kini dipegang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengetuai Kerajaan Perpaduan, yakni Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga merupakan salah satu komponennya.

“Keadaan ini perlu kekal dan saya yakin bahawa dengan kepimpinan Perdana Menteri serta Premier Sarawak, Malaysia akan terus berkembang maju dari segi ekonomi, pembangunan infrastruktur dan peralihan tenaga dengan sokongan Sarawak.”

Beliau berkata demikian dalam kenyataannya hari ini ketika mengulas cadangan Presiden ASPIRASI, Lina Soo.

Fazzrudin berkata usaha untuk mengembalikan dan menegakkan hak serta status Sarawak dalam Persekutuan Malaysia melalui kerajaan Sarawak yang diterajui oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan GPS harus mendapat sokongan daripada semua rakyat Sarawak.

“Namun demikian, saya percaya bahawa pemulihan hak Sarawak dan usaha memperkukuhkan kuasa negeri mesti dilaksanakan mengikut dan dalam kerangka undang-undang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962 serta Perlembagaan Persekutuan.

“Langkah ini penting bagi memastikan semangat Persekutuan Malaysia seperti yang diimpikan oleh pemimpin terdahulu dapat dipelihara, dan kestabilan negara terus terjamin,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan