Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia muncul juara berpasukan dunia selepas menewaskan Puerto Rico 3-2 dalam perlawan akhir di Hong Kong.Foto, Bowling Malaysia.

Pasukan boling lelaki Malaysia muncul juara dunia di Hong Kong

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Pasukan boling lelaki negara mencipta sejarah apabila muncul juara Piala Dunia IBF 2025 di Hong Kong, sebentar tadi.

Kejayaan itu dilakar selepas Tun Ameerul Hakim, Timmy Tan, Rafiq Ismail dan Ahmad Muaz Fishol menewaskan Puerto Rico dengan keputusan 3-2 dalam saingan sengit di Stadium Queen Elizabeth.

Malaysia bermula cemerlang apabila menang perlawanan pertama dengan menjatuhkan 203 pin.

Lawan yang dibarisi Christian Azcona, Edgar Burgos, David Marquez dan Jorge Rodriguez pula bergelut dengan permukaan lorong apabila sekadar menjatuhkan 170 pin.

Perlawanan kedua menghadirkan debaran kepada Malaysia apabila pasukan Amerika Latin itu menjelmakan kebangkitan dengan meledak enam strike berturut-turut untuk mendahului Malaysia dengan kelebihan 24 pin.

Mereka yang mencipta kejutan di separuh akhir dengan menyingkirkan pasukan pilihan Amerika Syarikat berjaya mengikat kedudukan 1-1 apabila menang dengan catatan 257 pin berbanding 216 dilakukan Malaysia.

Perlawanan ketiga lebih mendebarkan apabila kedua – dua pasukan saling memintas dengan Malaysia mendahului tujuh pin selepas frame kelima.

Rafiq melebarkan jurang apabila melakukan strike pada frame keenam dan masalah teknikal yang berlaku tidak menghalang Malaysia kembali mendahuli 2-1 dengan kemenangan 197 pin berbalas 180.

Aksi perlawanan keempat terus sengit apabila Puerto Rico bangkit menewaskan Malaysia 222-185 untuk mengikat kedudukan 2-2.

Game penentuan menyaksikan Malaysia mempamerkan kematangan apabila melakukan balingan konsisten dan mendahuli lawan sejak frame ketiga.

Strike pada frame ke-12 dilakukan Rafiq mengesahkan kejuaraan dunia milik Malaysia apabila menamatkan perlawanan dengan 217 pin berbanding 161 pin oleh lawan.

Malaysia mara ke final dengan menyingkirkan Kuwait 3-1.

Pasukan lelaki Malaysia sebelum ini pernah muncul juara dunia acara berpasukan pada 2003 di Denmark.

Sementara itu hasrat untuk menyaksikan Malaysia merangkul juara berganda berpasukan tidak kesampaian apabila pasukan wanita negara yang dibarisi Natasha Roslan, Sin Lin Jane, Gillian Lim dan Siti Safiyah Amirah membawa pulang pingat perak.

Barisan Malaysia bagaimanapun memberikan saingan sengit sebelum tewas 2-3 kepada Amerika Syarikat.

Malaysia menutup kempen kejohanan dengan gelaran juara keseluruhan selepas membawa pulang dua emas dan perak. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan