Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hukuman berbentuk khidmat masyarakat akan dikenakan terhadap individu yang didapati bersalah kerana membuang sampah merata-rata, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming. Foto hiasan Envato

Hukuman khidmat masyarakat jika buang sampah merata-rata – Nga

ByBernama

TELUK INTAN, 13 Jan: Hukuman berbentuk khidmat masyarakat akan dikenakan terhadap individu yang didapati bersalah kerana membuang sampah merata-rata, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Beliau berkata pelaksanaan hukuman seperti mencuci longkang, menyapu sampah atau mencuci tandas awam akan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan, tertakluk kepada keputusan mahkamah.

“Tidak ada gunanya kita naikkan kadar kompaun setakat RM300, RM500 mereka boleh bayar dan ulang perbuatan sama tetapi bila kena jalankan khidmat masyarakat, pesalah akan tahu dan tak akan buang sampah lagi.

“Kita serah kepada mahkamah (tentukan hukuman). Jika empat hari (hukuman), kamu (pesalah kena sapu jalan empat hari,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian jentera baharu Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di Bangunan Pejabat MPTI di sini hari ini.

Pada November lepas, Nga dilaporkan berkata pindaan Rang Undang-Undang bagi pelaksanaan hukuman khidmat masyarakat untuk kesalahan pembuangan sampah kecil dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac ini.

Nga berkata hukuman itu akan dilaksanakan melalui penyediaan draf RUU Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) serta Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Menurut Nga, pindaan itu mencakupi seksyen berkaitan hukuman bagi pesalah yang membuang sampah merata-rata, iaitu ia perlu dipinda bagi memberi kesedaran kepada orang ramai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan