Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pusat pemindahan sementara bagi menempatkan mangsa banjir dibuka di Dewan Serbaguna Nanga Ngungun, Kanowit, hari ini. Foto JPBNS

Banjir Kanowit: 38 penduduk dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara

KUCHING, 13 Jan: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Kanowit bagi menempatkan penduduk yang terpaksa berpindah setelah kediaman mereka dinaiki air.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata 38 mangsa dipindahkan ke Dewan Serbaguna Nanga Ngungun dan Dewan Kompleks Sukan Kanowit setakat 2 petang hari ini.

Seramai 18 mangsa dari Rumah Suzuzie Lily manakala 20 lagi dari Rumah Leo Sg Lipus dan Rumah Alice Jimmy.

Pasukan penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan agensi lain turut membantu pemindahan mangsa serta memastikan keselamatan mereka di PPS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan