Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Malaysia sasar kukuhkan biodiversiti ASEAN

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 13 Jan: Malaysia mahu mengukuhkan Pusat ASEAN bagi Biodiversiti (ACB) untuk menyelaraskan usaha pemuliharaan dan mewujudkan perjanjian perlindungan biodiversiti antara negara anggota yang komited kepada amalan guna tanah yang mampan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan terhadap pemeliharaan biodiversiti ASEAN yang kaya dan tidak ternilai itu diberi tumpuan oleh negara sempena Kepengerusian ASEAN 2025.

Kata beliau wilayah Malaysia di Borneo merupakan khazanah ASEAN dengan sebahagian merupakan warisan semula jadi yang sangat penting sebagai penyerap karbon untuk dunia.

Malaysia teroka pembangunan kereta api berkelajuan tinggi hubungkan ASEAN

“Sekiranya diurus dengan baik, ia juga mencipta banyak peluang ekonomi melalui ekopelancongan, pertanian mampan dan bio-ekonomi yang inovatif.

“Sebagai anggota ASEAN, Malaysia perlu bergerak mengetuai perbualan global mengenai pemuliharaan ekosistem dan menunjukkan kepada dunia bahawa pemuliharaan biodiversiti bukan sekadar tindak balas perubahan iklim yang mendesak, tetapi juga memberi impak dari segi sosial dan berdaya maju dari segi ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Majlis Bengkel Asean mengenai Pembangunan Lestari (AWSD) 2025 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Malaysia mempunyai peluang dan tanggungjawab untuk melakarkan hala tuju yang berani untuk masa depan ASEAN dalam perjalanannya ke arah merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan.

Oleh itu, Anwar berkata, bagi mempercepatkan hasrat itu, Malaysia akan memperjuangkan tiga inisiatif aitu penyahkarbonan tenaga, perlindungan biodiversiti dan keterkaitan ekonomi.

Usaha itu, kata beliau bukan sahaja penting untuk mencapai matlamat pembangunan bersama negara, tetapi juga akan meletakkan ASEAN sebagai peneraju global dalam kemampanan dan daya tahan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan