Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain Selangor FC Alvin Mateus Fortes cuba melepasi pemain Kuala Lumpur City FC Kenny Pallraj Davaragi pada perlawanan Liga Super Malaysia 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini. Foto Bernama

Selangor atasi KL City 1-0 di MBPJ

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Jan: Selangor FC mencatat kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan Liga Super 2024/2025 selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka di tangga kedua liga.

Aksi bermula dengan kedua-dua pasukan berhati-hati merencana serangan. Namun, Selangor lebih dominan melalui kepimpinan kapten mereka, Mohamad Faisal Abdul Halim.

Peluang terbaik babak pertama hadir pada minit ke-30, hasil hantaran Alvin Fortes kepada Quentin Cheng, namun gagal disempurnakan dalam situasi kucar-kacir.

KL City hampir memecahkan kebuntuan sebelum tamat babak pertama apabila Kenny Pallraj menerima hantaran cantik daripada Zhafri Yahya.

Namun, penjaga gol tuan rumah, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi cemerlang menyelamatkan gawang di hadapan penyokong Gergasi Merah.

Memasuki babak kedua, Selangor tampil lebih agresif denhan pemain gantian Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, yang dimasukkan pada minit ke-58, mencetus impak segera dengan umpanannya kepada Alvin Fortes pada minit ke-63, yang berjaya menghasilkan gol tunggal perlawanan.

KL City hampir menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Haqimi Azim Rosli, yang beberapa kali merencana serangan, termasuk peluang keemasan untuk mengumpan Jovan Motika, namun usaha mereka gagal dan permainan berakhir dengan wisel penamat.

Kemenangan itu menyaksikan Selangor kini mengumpul 38 mata selepas 17 perlawanan, namun ketinggalan 11 mata daripada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), yang selesa di kedudukan teratas.

Sementara itu, KL City berada di tangga kesembilan dengan mengumpul 17 mata.

Sementara itu, aringan hatrik pemain import Australia, Dylan Wenzel-Halls membantu Penang FC berkongsi mata dengan Perak FC di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Babak pertama menyaksikan aksi cemerlang Penang FC apabila Wenzel-Halls menjaringkan hatrik pada minit ke-13, 17, dan 34 untuk meletakkan pasukan Harimau Kumbang dalam kedudukan selesa.

Namun, Perak FC tidak menyerah kalah apabila kapten pasukan, Luciano Guaycochea, merapatkan jurang melalui jaringan pada minit ke-22.

Memasuki babak kedua, kedua-dua pasukan memperhebatkan asakan, namun nasib tidak menyebelahi Penang FC apabila pada minit ke-61, pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Perak FC selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan kesilapan Syamer Kutty yang menjatuhkan Wan Zack Haikal dalam kotak penalti.

Penyerang import dari Brazil, Clayton Da Silveira Da Silva, menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk menjadikan kedudukan 3-2.

Momentum terus berpihak kepada Perak FC apabila pemain import mereka, Adilet Kanybekov, menyamakan kedudukan pada minit ke-67 untuk menghampakan penyokong tuan rumah.

Kedua-dua pasukan gagal menghasilkan jaringan tambahan sehingga wisel penamat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan