Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Jalan Semporna-Tawau di sini semalam berpunca akibat kereta dinaiki mangsa memasuki laluan bertentangan. Foto hiasan

Kenderaan masuk laluan bertentangan punca enam maut di Semporna

ByBernama

SEMPORNA, 13 Jan: Kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Jalan Semporna-Tawau di sini semalam berpunca akibat kereta dinaiki mangsa memasuki laluan bertentangan, kata Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Sabri Zainol.

Beliau berkata kereta dipandu lelaki berumur 34 yang dinaiki enam orang berumur antara enam bulan hingga 82 tahun itu memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan pacuan empat roda dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

Pemandu kereta parah, lima penumpang maut di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Semporna.

Beliau berkata kesemua enam mangsa masing-masing tiga lelaki dan perempuan mempunyai pertalian keluarga.

“Kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 31 tahun manakala MPV dipandu lelaki berumur 29 tahun dalam perjalanan dari Semporna ke Tawau manakala kereta dari arah Tawau menuju ke Semporna,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Semporna Inspektor A Hemkkumar di talian 012-3650021 atau 089-782020.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan