Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kedutaan China di Malaysia menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir. Foto Bernama

China ikut rapat situasi banjir di Malaysia – Duta

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 12 Jan: Kedutaan China di Malaysia sentiasa mengikuti rapat situasi banjir di negara ini dan aktif mencari cara untuk membantu penduduk yang terjejas bencana itu.

Duta Besarnya Ouyang Yujing berkata saling menawarkan sokongan dan bantuan pada waktu masing-masing menghadapi kesukaran merupakan nilai serta matlamat yang dikongsi bersama dalam kedua-dua tamadun Islam dan China.

“Sejak beberapa tahun ini, Kedutaan China telah bekerjasama dengan jabatan dan pertubuhan awam di Malaysia untuk melakukan aktiviti kebajikan.

“Yayasan Ikram Malaysia adalah satu daripada NGO (badan bukan kerajaan) Islam yang berpengaruh dan telah menjadi rakan kerjasama penting kepada kedutaan sejak sekian lama dan kami sering bekerjasama dalam pelbagai inisiatif,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Kemanusiaan Kepada Mangsa Banjir di Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa di sini hari ini.

Dalam program itu, kedutaan tersebut telah menyampaikan keseluruhan berjumlah RM50,000 menerusi yayasan berkenaan bagi membantu 500 mangsa banjir baru-baru ini di Pulau Rusa, dengan setiap orang menerima antaranya tuala, bantal, selimut dan tilam (toto).

“Peribahasa Melayu ada menyebut ‘bukit sama didaki, lurah sama dituruni’, ia sama dengan peribahasa Cina yang bermaksud apabila seseorang dalam kesusahan, pertolongan datang dari semua arah.

“Marilah kita bekerjasama dalam menghadapi waktu sukar ini, bersama menyumbang lebih banyak kepada komuniti China-Malaysia dan mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk rakyat kedua-dua negara,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan