Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PGA Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan pelbagai jenis haiwan iaitu lembu, kerbau dan kambing dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM506,000 di Masjid Mukim Bakong, Pasir Mas, Khamis lepas. Foto Briged Tenggara PGA Rasmi (FB)

PGA tumpaskan kegiatan seludup haiwan bernilai lebih RM500,000

ByBernama

KOTA BHARU, 11 Jan: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan pelbagai jenis haiwan iaitu lembu, kerbau dan kambing dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM506,000 di Masjid Mukim Bakong, Pasir Mas, Khamis lepas.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Briged Tenggara PGA selepas menahan dua buah lori dalam keadaan mencurigakan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan, sekitar pukul 3.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati lapan ekor lembu dengan anggaran berat melebihi 5,200 kilogram (kg), empat ekor kerbau dengan anggaran berat lebih 3,200kg, dan 40 ekor kambing dengan anggaran berat lebih 4,000 kg ditemui di dalam lori jenis Isuzu tanpa permit sah,” katanya dalam kenyataanhari ini.

Beliau turut memaklumkan dua lelaki berusia 28 dan 30 tahun ditahan kerana dipercayai bertindak sebagai penghantar bagi menyeludup haiwan tersebut ke pasaran tempatan.

Kesemua suspek dan barang rampasan telah dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan lanjut dan kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan