Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian ketika berucap melancarkan Bangunan Kediaman Tinggi Hijau Bertauliah Pertama di Sarawak hari ini

GBI dimasukkan dalam pindaan Ordinan Bangunan Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 11 Jan: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mengesahkan pindaan Ordinan Bangunan Sarawak akan dibentangkan tahun ini.

Beliau berkata, pindaan tersebut termasuk memasukkan Indeks Bangunan Hijau (GBI) seperti diminta oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Banyak perubahan sedang dilakukan disebabkan pindaan ordinan bangunan,” katanya kepada media selepas melancarkan Bangunan Kediamaan Tinggi Hijau Bertauliah Pertama di Sarawak hari ini.

Selain itu menurutnya, Abang Johari juga mahu melihat lebih banyak pengecas kenderaan elektrik (EV) dipasang di kawasan awam.

“Itulah komitmen Premier Sarawak untuk memastikan kita bukan sahaja memiliki GBI tetapi juga tenaga elektrik kita adalah hijau,” ujarnya.

GBI adalah sistem pensijilan yang menggalakkan amalan pembinaan mampan dan mesra alam di Malaysia selain membantu memastikan pembangunan lebih mesra alam dan efisien dari segi tenaga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan