Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jalan di Baram terus jadi tumpuan bagi tingkat akses ke rumah panjang

ByVanessa Enjop

MIRI, 11 Jan: Penyelenggaraan jalan raya di kawasan Ulu Baram, Baram Tengah dan Baram Bawah terus menjadi tumpuan utama kerajaan dalam memastikan akses kepada rumah panjang dan komuniti di kawasan tersebut dijaga dengan baik.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala berkata, tiga kontrak utama yang dimuktamadkan pada 2024 adalah sebahagian usaha berterusan kerajaan untuk mengekalkan sambungan jalan raya yang penting bagi komuniti luar bandar.

“Melalui tiga kontrak utama tersebut yang melibatkan penyelenggaraan jalan raya di Ulu Baram, Baram Tengah dan Baram Bawah, kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan jaringan jalan raya terus terpelihara.

“Sokongan ini amat penting untuk mengekalkan hubungan ke rumah panjang dan komuniti di Baram, sementara kita menunggu penyelesaian jangka panjang bagi isu jalan utama,” katanya pada sidang media semasa Majlis Penyerahan Jambatan Keluli Bermodular atau Bailey Bridge oleh NADMA di Depot JKR Bekenu hari ini.

Selain itu, projek yang melibatkan pembangunan lebih 400 kilometer jalan raya di kawasan Baram turut mendapat perhatian terutamanya jalan baharu dari Miri ke Marudi dan kawasan pedalaman lain seperti Long Panai dan Long Terawan.

Mengulas lanjut, Gerawat berkata, salah satu cabaran utama adalah kerosakan jambatan keluli di Sungai Bale yang berlaku pada awal Oktober 2024 mengganggu akses penting ke kampung, sekolah dan klinik.

“Walaupun struktur jambatan sementara ini agak tidak stabil, ia telah memastikan perkhidmatan penting dapat diteruskan. Saya berharap JKR akan mempercepatkan usaha pembinaan jambatan bailey sebagai penyelesaian yang lebih kukuh dan mampan.

“Kita juga harus memastikan komuniti seperti di Long Panai dan Long Terawan tidak terus terkesan oleh keadaan ini. Jambatan ini amat penting untuk memastikan kesinambungan kehidupan dan pembangunan masyarakat luar bandar,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan