Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin menerima cenderamata daripada Ketua Pegawai Operasi Interhill Group Eric Tan sempena malam apresiasi Tahun Baharu Cina di Miri, malam ini. Foto Vanessa Enjop (TVS)

Perpaduan dalam kepelbagaian, keunikan Sarawak harus dihargai

ByVanessa Enjop

MIRI, 10 Jan: Sarawak dikenali sebagai negeri yang unik kerana kepelbagaian budaya dan agama yang diraikan bersama secara harmoni.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata sama ada Hari Raya, Gawai, Krismas atau Tahun Baru Cina, setiap perayaan disambut dalam semangat satu keluarga besar.

Ini menurutnya, mencerminkan kekuatan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

“Kita ibarat satu keluarga besar yang meraikan perbezaan sebagai kekuatan. Inilah identiti masyarakat Sarawak yang perlu kita kekalkan,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam apresiasi Tahun Baharu Cina di sini, malam ini.

Dengan bekerjasama, rakyat Sarawak bukan sahaja dapat meraikan perbezaan, tetapi juga menunjukkan kepada dunia bahawa masyarakat pelbagai kaum adalah satu aset.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa kekuatan kita di Sarawak terletak pada perpaduan dalam kepelbagaian.

“Saya berbangga dapat berkongsi semangat perayaan ini dengan komuniti setempat. Kehadiran kanak-kanak dari rumah kebajikan adalah usaha kami untuk memastikan semua pihak, tanpa mengira latar belakang, dapat menikmati kegembiraan Tahun Baru Cina,” tambahnya.

Majlis tersebut dimeriahkan dengan persembahan tarian singa yang memukau serta pameran kebudayaan yang memperkenalkan tradisi masyarakat Cina kepada para hadirin.

Selain itu, seramai 12 kanak-kanak dari Miri Methodist Children’s Home turut dijemput pada malam tersebut, menjadikan perayaan ini lebih bermakna.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan