Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli (tengah) mendedahkan perkara tersebut pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2025 yang berlangsung di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC). Foto UKAS

Prestasi Mahkamah Sabah dan Sarawak cemerlang dalam penyelesaian kes tahun 2024

ByRegina Lee

KUCHING, 10 Jan: Mahkamah Sabah dan Sarawak mencatatkan prestasi signifikan dalam menyelesaikan kes sepanjang tahun 2024, dengan kadar penyelesaian kes yang memberangsangkan di semua peringkat mahkamah.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli mendedahkan perkara tersebut pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2025 yang berlangsung di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) pada Jumaat.

“Pada tahun 2024, Mahkamah Tinggi Sabah telah menyelesaikan 76 peratus daripada kes sivil yang didaftarkan dan 65.2 peratus daripada kes jenayah, manakala di Sarawak, Mahkamah Tinggi telah menyelesaikan 73 peratus daripada kes sivil yang didaftarkan dan 49 peratus daripada kes jenayah.

“Di Mahkamah Sesyen Sabah, 77.02 peratus daripada kes sivil yang didaftarkan dan 82.96 peratus daripada kes jenayah telah diselesaikan tahun lepas. Di Mahkamah Sesyen Sarawak, 69.78 peratus daripada kes sivil yang didaftarkan dan 81.23 peratus daripada kes jenayah telah diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan balasnya pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2025 yang berlangsung di HEEC, hari ini.

Prestasi cemerlang Mahkamah Sabah dan Sarawak tahun 2024 | TVS

Tambah beliau, prestasi cemerlang turut ditunjukkan oleh Mahkamah Majistret di kedua-dua negeri, iaitu sebanyak 81.13 peratus daripada kes sivil dan 92.56 peratus daripada kes jenayah di Sabah telah diselesaikan, manakala di Mahkamah Majistret Sarawak, 83.65 peratus daripada kes sivil yang didaftarkan dan 92.67 peratus daripada kes jenayah telah diselesaikan.

Namun, untuk memacu peningkatan berterusan, semua pengamal undang-undang diingatkan untuk memantau kes masing-masing dengan teliti memandangkan peratusan kes yang diselesaikan itu menurut Rahman, termasuk kes yang dibawa daripada tahun-tahun sebelumnya.

“Walaupun dalam sesetengah keadaan tidak dapat dielakkan untuk menyelesaikan kes dalam jangka masa yang ditetapkan disebabkan oleh faktor di luar kawalan mahkamah, terdapat aspek lain yang boleh ditingkatkan untuk memastikan penyelesaian kes yang lebih cekap tanpa menjejaskan keadilan dan kesaksamaan.

“Pengurusan kes pra-perbicaraan, sebagai contoh, adalah salah satu faktor utama yang perlu sentiasa diperbaiki bagi memudahkan penyelesaian kes secara lancar dan pantas,” katanya lagi.

Turut hadir Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Peguam Negara Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, Peguam Besar Sarawak, Dato Sri Saferi Ali dan Peguam Besar Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan