Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 untuk setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2024/2025, bermula 13 Jan ini. Foto hiasan Envato

Bantuan awal persekolahan RM150 diagihkan mulai 13 Jan ini – KPM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 untuk setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2024/2025, bermula 13 Jan ini.

KPM menerusi satu kenyataan memaklumkan agihan BAP sebanyak RM150 untuk pelajar Tingkatan 6 semester 2 dan murid Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula akan dilaksanakan mulai 16 Feb manakala agihan kepada pelajar Tingkatan 6 baharu akan bermula 1 Julai.

“Kerajaan MADANI memperuntukkan sejumlah RM791.25 juta khusus untuk bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta orang murid. Pada tahun ini, buat pertama kali inisiatif BAP akan turut diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6,” menurut kenyataan itu.

KPM memaklumkan agihan BAP kepada murid akan dilakukan oleh pihak sekolah menggunakan kaedah serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa atau murid (sekolah menengah), pengkreditan ke akaun bank murid, pengkreditan ke akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai 2025).

“Inisiatif BAP menyerlahkan keprihatinan kerajaan MADANI untuk membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan,” menurut KPM. -TVS

Tags: BAP, KPM, murid, sekolah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan