Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari hari ini menghadiri Mesyuarat Bilateral Malaysia-Jepun di Kompleks Perdana Putra, di sini hari ini. Foto, Amiruddin (TVS).

Abang Johari sertai Mesyuarat Bilateral Malaysia-Jepun

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 10 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari hari ini menghadiri Mesyuarat Bilateral Malaysia-Jepun di Kompleks Perdana Putra, di sini.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri oleh delegasi Jepun yang diketuai oleh Perdana Menteri, Shigeru Ishiba.

Ishiba sedang mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia bermula semalam.

Mesyuarat berkenaan yang penting untuk kedua-dua negara meneroka peluang dalam bidang ekonomi hijau turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin.

Usai mesyuarat, Abang Johari dijadual menyertai sidang media bersama oleh kedua-dua pemimpin kerajaan itu.

Abang Johari kemudiannya akan menyertai makan tengah hari rasmi bersama delegasi Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun di Kompleks Sri Perdana di sini.

Semalam, Anwar berkata cadangan menjadikan Malaysia khususnya Sarawak sebagai hab tenaga baharu di rantau ini dijangka menjadi antara fokus perbincangan dalam pertemuan dengan Ishiba hari ini.

Anwar berkata perancangan baharu itu, yang diikhtiarkan oleh Abang Johari merupakan satu pelan yang sangat kritikal dalam bidang peralihan tenaga. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan