Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Stephen Rundi Utom berkata, inisiatif penggunaan teknologi terkini dan pendekatan kelestarian dalam operasi harian mampu meningkatkan produktiviti dan keluaran udang dalam setahun. Foto Connie Grace (TVS)

Sarawak pacu industri hijau dalam akuakultur mampan

ByConnie Grace

LUNDU, 8 Jan: Pelancaran Projek Akuakultur Udang Mampan Rambungan menandakan satu tonggak penting bagi Sarawak dalam memimpin usaha industri akuakultur mampan.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata,  inisiatif ini bukan sahaja memperkenalkan inovasi teknologi terkini, tetapi juga memberi penekanan besar kepada kelestarian alam sekitar dan komuniti setempat.

Katanya, projek ini merupakan sebahagian daripada usaha Rambungan Aqua Life Sdn Bhd untuk menyokong Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 dan Ekonomi Digital Sarawak (SDE) 2030, yang menekankan pada pemodenan teknologi serta pemeliharaan alam sekitar.

“Projek ini mengetengahkan teknologi canggih untuk memastikan kecekapan operasi dan mengurangkan kesan alam sekitar menerusi sistem pintar bagi pemantauan masa nyata dan analitik ramalan memastikan kualiti air yang optimum dan pengurangan risiko penyakit.

“Selain itu, Sistem Akuakultur Resirkulasi Maju (RAS) memastikan tiada pembuangan air sisa, disokong oleh rawatan air sisa berperingkat seperti biofiltrasi rumpai laut dan rawatan ozon,” katanya kepada media pada Program Penuaian Udang di Loba Stoh Rambungan, Lundu, pada Rabu.

Menurut Rundi, menerusi inisiatif tersebut ia mampu meningkatkan produktiviti pengeluaran kepada 1,349 metrik tan udang setahun menjelang 2031, melalui operasi 50 kolam ternakan.

Katanya lagi, projek ini dirancang dalam dua fasa untuk memastikan pelaksanaan yang berkesan.

“Fasa 1 (2023-2027): Pembangunan 35 kolam ternakan di kawasan seluas 134.9 hektar manakala, fasa 2 (2028-2030), Penambahan 15 lagi kolam dan peningkatan kemudahan, menjadikan jumlah keseluruhan 50 kolam menjelang 2031,” tambahnya.

Setiap fasa disokong oleh infrastruktur moden untuk memastikan kualiti dan hasil pengeluaran yang mampan.

Turut hadir ialah Penasihat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak), Tan Sri William Mawan Ikom, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) Datuk Martin Ben serta Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Sarawak, Julin Alen. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan