Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan dif-dif kenamaan lain dalam sesi foto bersama 65 Pekerja Migran Indonesia (PMI) yang direkrut melalui Program Pemilihan Pekerja SALCRA. Foto TVS

SALCRA perlu 1,019 PMI tangani isu kekurangan buruh

ByRegina Lee

KUCHING, 7 Jan: Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) memerlukan sekurang-kurangnya 1,019 Pekerja Migran Indonesia (PMI) untuk memenuhi keperluan operasinya pada tahun ini.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD), Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, SALCRA giat mencari penyelesaian dengan mempercepatkan proses pengambilan melalui kerjasama bersama Asosiasi Pengusaha Jasa Tenaga Kerja Indonesia (APJATI).

Menurutnya, beberapa faktor telah dikenal pasti seperti autonomi imigresen negeri dan yang mempengaruhi kelancaran proses pengambilan tenaga kerja, sekali gus membebankan industri perladangan di Sarawak.

“Kelewatan dalam proses pengambilan PMI disebabkan oleh birokrasi yang kompleks di negeri ini. Tidak seperti di Semenanjung Malaysia yang memiliki sistem penghubung antara Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), di Sarawak anda perlu berurusan dengan kedua-dua jabatan secara berasingan. Situasi ini melambatkan kelulusan dan sering kali menyebabkan proses mengambil masa berbulan-bulan, malah bertahun-tahun.

“Hasil pertemuan dengan APJATI baru-baru ini menunjukkan kemajuan positif apabila kami (SALCRA) telah menerima 457 PMI dalam masa dua minggu.

“Persoalannya, jika ia boleh dilakukan dalam dua minggu, mengapa ia mengambil masa bertahun-tahun? Jadi, ini antara perkara yang perlu dikenal pasti,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi SALCRA berkata demikian pada sidang media lawatan kerja beliau ke Indonesia di Dewan Konvensyen Hotel Raia di sini, hari ini.

Tambah Dr Rundi, untuk menangani cabaran tersebut, pihaknya mencari jalan untuk memendekkan waktu proses pengambilan tenaga pekerja mulai 15 Januari ini terutama menambah baik sistem berkenaan.

Selain itu, menyentuh aspek autonomi imigresen Sarawak, kementeriannya juga akan berbincang mengenai kekurangan integrasi antara sistem negeri dan persekutuan yang dilihat turut menghalang pembangunan strategi menyeluruh untuk menangani isu buruh di perladangan.

Dalam majlis sama, beliau turut mengalu-alukan kedatangan 65 pekerja Indonesia yang direkrut melalui Program Pemilihan Pekerja SALCRA, dan mereka bakal di tempatkan di perladangan di Bahagian Saratok dan Sri Aman.

Terdahulu, beliau melakukan lawatan kerja ke Indonesia pada 3 Januari hingga 7 Januari 2025 dengan objektif untuk mempunyai pekerja mencukupi di SALCRA Estates.

Hadir sama ialah Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Tan Sri William Mawan Ikom, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin dan Pengurus Besar SALCRA, Joseph Blandoi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan