Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lee Zii Jia sah tidak akan beraksi pada dua lagi kejohanan iaitu Terbuka India 2025 dan Masters Indonesia 2025. Foto fail AFP

Zii Jia tidak beraksi di Terbuka India, Masters Indonesia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia sah tidak akan beraksi pada dua lagi kejohanan iaitu Terbuka India 2025 dan Masters Indonesia 2025.

Berdasarkan penyertaan pemain dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam laman web bwf.tournamentsoftware.com, didapati nama pemain ranking keenam dunia itu tiada dalam senarai kedua-dua kejohanan itu.

Terbuka India 2025 dijadualkan pada 14 hingga 19 Jan ini manakala Masters Indonesia pada 23 hingga 28 Jan.

Sebelum ini Zii Jia turut menarik diri pada Terbuka Malaysia 2025 yang bermula hari ini hingga 12 Jan di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini.

Menurut hantaran Team LZJ menerusi media sosial pada Jumaat, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan ligamen buku lali kanan yang dialaminya semasa Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China, bulan lepas.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan