MIRI, 6 Jan: Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri (Miri FA) mahu mencungkil bakat baharu dalam kalangan pemain muda di bahagian itu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Ketua jurulatih Miri FA, Mohamad Hakimi Man berkata, perlawanan persahabatan dengan Kelab Kuching City FC (KCFC) dan Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri (Miri FA) yang diadakan sempena lawatan kelab itu di bandaraya Miri adalah landasan ke arah itu.
Menurutnya, objektif utama perlawanan ini adalah untuk memberikan platform kepada pemain muda Miri bagi menunjukkan potensi mereka.
“Kita mengharapkan dalam perlawanan hari ini, dapat mencungkil seorang dua pemain untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi melalui platform sebagai pemain KCFC,” katanya.
Beliau menekankan bahawa perlawanan ini bukan sekadar perlawanan persahabatan tetapi juga satu peluang emas untuk para pemain muda Miri mengorak langkah ke arena kebangsaan dan menunjukkan keupayaan mereka kepada pencari bakat.
“Kebanyakan pemain yang kita turunkan hari ini berumur antara 20 hingga 22 tahun. Selepas perlawanan ini, saya harap ada pemain kita mendapat panggilan daripada Kuc
“Ini adalah langkah penting untuk menaikkan standard bola sepak Miri. Kita mahu memastikan bakat-bakat ini dapat dikembangkan melalui peluang seperti ini,” jelasnya.
Mengenai perlawanan menentang KCFC beliau menyifatkan ia sebagai pengalaman berharga kepada semua pemain muda.
“Memang kita agak teruja sebab sebuah pasukan bertaraf kebangsaan yang ramai kita kenali akan beraksi di sini. Walaupun Kuching City adalah pasukan yang disegani, kita tetap akan berikan yang terbaik,” jelasnya lagi. – TVS