Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Wilfred Yap mengagihkan bantuan makanan kepada penerima

Ceriakan insan memerlukan sempena Tahun Baharu Cina

BySuara Sarawak

KUCHING, 6 Jan: Persatuan Penjaja dan Peniaga Bahagian Kuching dan Samarahan membawa keceriaan kepada insan yang memerlukan dengan menyumbang makanan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Majlis amal tersebut diadakan pada Ahad dan turut dihadiri oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap.

Menurut persatuan itu, sebanyak 450 pek makanan kering diagihkan kepada individu, badan amal dan rumah kebajikan yang ditaja oleh 38 Food Street Cafe.

“Persatuan Penjaja dan Peniaga Bahagian Kuching dan Samarahan amat berbesar hati dan bersyukur ke atas kehadiran Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan ADUN Kota Sentosa Wilfred Yap pada program bantuan makanan kami.

“Kami turut berterima kasih kepada semua penaja kami atas sokongan berterusan mereka dalam menjayakan majlis amal ini,” menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, sokongan kedua-dua pemimpin itu dalam membantu pihaknya mengagihkan bantuan makanan tersebut meningkatkan semangat ahli dan mendorong persatuan untuk terus menyediakan bantuan bermakna pada waktu yang mencabar sekarang.

Persatuan Penjaja dan Peniaga Bahagian Kuching dan Samarahan pernah membantu ahli-ahlinya serta penduduk Kuching yang menghadapi kesulitan semasa pandemik COVID-19.

“Pada tahun 2021, kami telah melancarkan program Pack Meal Aid dan Caring Food Aid untuk menyokong mereka yang terkesan akibat sekatan pergerakan semasa pandemik.

“Melalui usaha ini, serta pengagihan bantuan makanan tahunan kami, kami telah menyediakan bekalan makanan tanpa syarat kepada mereka yang memohon melalui persatuan kami,” menurut kenyataan tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan