Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Pihak berkuasa Singapura rampas dadah bernilai lebih S$1 juta, 4 ditahan

ByBernama

SINGAPURA, 6 Jan: Biro Narkotik Pusat Singapura (CNB) merampas dadah yang dianggarkan bernilai lebih S$1 juta (S$1=RM3.27) pada Sabtu, cukup untuk memenuhi keperluan kira-kira 4,590 penagih dadah untuk tempoh seminggu.

CNB dalam kenyataan berkata empat suspek warga Singapura – tiga lelaki dan seorang wanita – ditangkap berhubung rampasan dadah itu termasuk heroin, ais, ketamin, ekstasi dan ganja.

Dua daripada suspek, lelaki berusia 25 dan 27 tahun, ditangkap oleh pegawai CNB di tempat letak kereta di sekitar Cassia Crescent.

Suspek ketiga, seorang lelaki berusia 25 tahun, ditahan selepas cuba melarikan diri dari tempat kejadian selepas menyaksikan penangkapan kedua-dua lelaki itu. Sebuah senjata juga dirampas.

Sementara itu, seorang wanita berusia 25 tahun, yang disyaki penagih dadah, ditahan dalam serbuan di tempat persembunyian suspek lelaki berusia 27 tahun itu, di sebuah unit kediaman di kawasan sama.

CNB berkata siasatan ke atas aktiviti dadah suspek yang ditangkap sedang dijalankan.

Pengarah Bahagian Perisikan CNB, Timbalan Penolong Pesuruhjaya Aaron Tang, berkata biro itu akan terus memburu pengedar dadah di negara berkenaan dan membawa mereka ke muka pengadilan.

“Pengedar dadah tidak mempedulikan nyawa ribuan individu yang musnah sekiranya dadah itu sampai ke jalanan,” katanya.

Di bawah undang-undang Singapura, seseorang yang didapati bersalah mengedar lebih 15g diamorphine atau “heroin tulen” atau lebih 250g methamphetamine, atau lebih 500g ganja, boleh dikenakan hukuman mati mandatori. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan