Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki warga asing dan merampas 4,120 karton rokok pelbagai jenis bernilai RM847,616 termasuk cukai dalam serbuan di sebuah premis tidak bernombor di Butterworth, semalam. Foto PPM Wilayah Satu

Polis Marin tahan dua warga asing, rampas rokok bernilai RM847,616

ByBernama

GEORGE TOWN, 6 Jan: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki warga asing dan merampas 4,120 karton rokok pelbagai jenis bernilai RM847,616 termasuk cukai dalam serbuan di sebuah premis tidak bernombor di Butterworth, semalam.

Komander PPM Wilayah Satu ACP Rusley Chi Ari berkata serbuan dijalankan pasukan Unit Risikan Marin (URM) menerusi Operasi Taring Landai di sekitar kawasan itu kira-kira 1 tengah hari.

“Kedua-dua lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara untuk siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Op Taring Landai yang dilancarkan bermula 3 Jan hingga semalam diketuai seorang pegawai kanan polis dan enam pegawai rendah daripada URM di sekitar Butterworth.

Berdasarkan rekod sepanjang tahun lepas, katanya sebanyak 2,168 kes tangkapan dilakukan pihaknya melibatkan nilai rampasan lebih RM42 juta atas pelbagai kesalahan.

Rusley berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui PPM sentiasa komited memerangi kegiatan penyeludupan terutama melalui jalan laut, justeru maklumat risikan akan diperkukuh dengan kerjasama pelbagai agensi dalam dan luar PDRM. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan