Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin ketika menyampaikan bantuan persekolahan dalam program amal tahunan “Helping the Poor Students” yang dianjurkan oleh Persatuan Buddha Ortodoks Miri hari ini. Foto: TVS

Bantuan persekolahan tingkat motivasi pelajar, ringankan beban ibu bapa

ByVanessa Enjop

MIRI, 5 Jan: Program amal tahunan Helping the Poor Students anjuran Persatuan Buddha Ortodoks Miri memberi sinar harapan kepada ibu bapa untuk melakukan persiapan persekolahan anak.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, bantuan yang diberikan bukan sahaja memberi kesan positif kepada pelajar tetapi membantu meringankan beban kewangan ibu bapa.

“Bantuan yang diberikan meliputi keperluan asas seperti beras, kelengkapan sekolah seperti beg sekolah, baucar RM100, alat tulis, botol minuman dan biskut.

“Program ini turut memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan rawatan perubatan ringan termasuk pemeriksaan mata. Istimewanya bantuan ini, ia terbuka kepada semua tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan program amal tahunan Helping the Poor Students yang dianjurkan oleh Persatuan Buddha Ortodoks Miri ke-20 kalinya di sini, hari ini.

Kim Shin menjelaskan, Kerajaan Sarawak turut memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan.

“Di Sarawak, inilah cara hidup kita, saling membantu dan mengekalkan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya.

“Dengan semangat kebersamaan ini, kita dapat hidup aman dan damai, membina negeri yang harmoni dan makmur,” ujarnya.

Beliau turut berharap inisiatif seperti itu dapat diteruskan bagi mengukuhkan perpaduan di Sarawak.

“Saya berharap usaha seperti ini dapat terus mendapat sokongan daripada kerajaan dan pelbagai pihak. Ini bukan sahaja mengukuhkan perpaduan tetapi juga mencerminkan nilai dan cara hidup kita di Sarawak,” jelasnya.

Seramai 100 pelajar termasuk 15 pelajar OKU dari SK Bintang, SK Pendidikan Khas, SK Bakam, SK Tukau, SK Chung Hua Krokop dan SK Lutong menerima bantuan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan