Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Ecuador Daniel Noboa pada Jumaat mengisytiharkan darurat selama 60 hari di tujuh wilayah dan tiga majlis perbandaran susulan ketegangan dalaman yang semakin meningkat serta konflik bersenjata, lapor Xinhua. Foto AFP

Ecuador isytihar darurat di tujuh wilayah

ByBernama

QUITO, 4 Jan: Presiden Ecuador Daniel Noboa pada Jumaat mengisytiharkan darurat selama 60 hari di tujuh wilayah dan tiga majlis perbandaran susulan ketegangan dalaman yang semakin meningkat serta konflik bersenjata, lapor Xinhua.

Wilayah yang terjejas termasuk Guayas, Los Rios, Manabi, Santa Elena, El Oro, Orellana, dan Sucumbios, selain daerah metropolitan Quito, La Troncal, serta Camilo Ponce Enriquez.

Noboa berkata bahawa peningkatan kadar jenayah dan kehadiran kumpulan bersenjata terancang menjadi faktor utama pengisytiharan itu.

Langkah darurat bertujuan membendung keganasan serta menyokong operasi pihak tentera dan polis dalam usaha memulihkan ketenteraman awam.

Selain itu, perintah berkurung pada waktu malam turut dikenakan di kira-kira 20 kanton.

Sejak Januari 2024, Ecuador terlibat dalam “konflik bersenjata” melawan kumpulan jenayah terancang yang digelar “pengganas” oleh kerajaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan