Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Presiden Donald Trump. Foto fail AFP

Hakim New York tetapkan tarikh jatuh hukum terhadap Trump dalam kes wang sogokan

ByBernama

NEW YORK, 4 Jan: Hakim New York Juan Merchan yang mengendalikan kes berkaitan wang sogokan bekas Presiden Donald Trump, memaklumkan ketetapan menjatuhkan hukuman bagi kes itu adalah pada 10 Jan.

Menurut laporan Xinhua, sesi itu dijadualkan berlangsung pada pukul 9.30 pagi di sebuah mahkamah di Lower Manhattan.

Hakim Merchan turut mengarahkan Trump hadir pada sesi itu sama ada secara fizikal atau melalui sidang maya.

Keputusan mengenai kaedah kehadiran itu perlu dimuktamadkan selewat-lewatnya pada 5 Jan.

Dalam keputusannya, Merchan menegaskan bahawa tiada halangan undang-undang untuk meneruskan ketetapan menjatuhkan hukuman dan menyatakan bahawa penyelesaian kes ini akan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat termasuk juri, defendan dan plaintif.

Sebelum ini, hakim bersetuju menangguhkan sesi berkenaan yang sebelum ini dijadualkan pada 26 Nov 2024 tanpa menetapkan tarikh baharu.

Pada Mei 2024, juri di New York mendapati Trump bersalah atas 34 pertuduhan jenayah, termasuk memalsukan rekod perniagaan untuk menutup pembayaran wang sogokan kepada seorang bintang lucah pada kempen pilihan raya Presiden 2016. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan