Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tentera rejim Israel pada Jumaat terus melakukan pencerobohan di kampung-kampung yang diduduki di selatan Lubnan, dengan jentolak merobohkan rumah-rumah di kawasan kejiranan Naqoura. Foto fail AFP

Pencerobohan Israel berterusan di selatan Lubnan ketika ketegangan meningkat di Naqoura

ByBernama

BEIRUT, 3 Jan: Tentera rejim Israel pada Jumaat terus melakukan pencerobohan di kampung-kampung yang diduduki di selatan Lubnan, dengan jentolak merobohkan rumah-rumah di kawasan kejiranan Naqoura, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Tindakan ini menyebabkan kelewatan kemasukan Tentera Lubnan ke bandar terbabit, yang juga merupakan lokasi ibu pejabat Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) pada Khamis lalu.

Sementara itu, lebuh raya Tyre-Naqoura menyaksikan peningkatan aktiviti, dengan rondaan pasukan UNIFIL bergerak bersama-sama unit Tentera Lubnan.

Tentera Lubnan turut memasang penghadang konkrit di jalan Hamra-Biyada yang menghala ke Naqoura, mengehadkan akses ke bandar itu kecuali untuk kenderaan dan kakitangan UNIFIL.

Pasukan kejuruteraan Tentera Lubnan sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh di kawasan yang baharu sahaja dikosongkan seperti Shamaa dan Bayada. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan