Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lim Kim Shin menyerahkan cek bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak kepada mangsa rumah kebakaran, Christal Vencent Bonny di Tudan Desaras, Miri, hari ini. Foto Faisal Rambli (TVS)

Bantu bina semula rumah rosak akibat kebakaran, tanah runtuh

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 3 Jan: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak hari ini menyerahkan bantuan kewangan kepada mangsa kebakaran dan tanah runtuh di kawasan Senadin bagi membantu pembinaan semula rumah mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lim Kim Shin berkata, bantuan tersebut diberikan bagi meringankan beban mangsa dan membolehkan mereka membeli bahan pembinaan yang diperlukan.

“Penyampaian cek kepada mangsa untuk digunakan bagi pembinaan semula rumah mereka. Bantuan ini merupakan inisiatif daripada Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Kebajikan,” katanya pada sidang media di Tudan Desaras Miri, hari ini.

Kim Shin yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak berkata, jumlah bantuan yang diterima setiap keluarga bergantung kepada penilaian kerosakan.

“Ada yang menerima sehingga RM10,000 manakala jumlah minimum adalah sekitar RM3,000.

“Penilaian dibuat berdasarkan tahap kerosakan sama ada keseluruhan rumah terbakar atau separuh,” ujarnya.

Lawatan hari ini melibatkan empat lokasi yang sebelum ini mengalami kebakaran dengan tiga rumah musnah dan sebuah lagi mengalami keruntuhan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan