Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Salji tebal dijangka melanda utara dan timur Jepun sehingga Sabtu, terutamanya di kawasan pergunungan sepanjang pantai Laut Jepun. Foto hiasan Envato

Salji tebal diramal landa utara, timur Jepun

ByBernama

TOKYO, 3 Jan: Salji tebal dijangka melanda utara dan timur Jepun sehingga Sabtu, terutamanya di kawasan pergunungan sepanjang pantai Laut Jepun, menurut agensi cuaca negara itu pada Jumaat, lapor Xinhua.

Setakat 5 pagi waktu tempatan pada Jumaat, sekitar 412 sentimeter (cm) salji direkodkan di Sukayu, kawasan pergunungan Hakkoda di Wilayah Aomori, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Salji dijangka mencecah 50 cm di wilayah Tohoku, 40 cm di wilayah Hokkaido dan Niigata, 35 cm di wilayah Kanto-Koshin dan 30 cm di wilayah Hokuriku dan Tokai menjelang pagi Sabtu, menurut JMA.

Pegawai kaji cuaca menggesa orang ramai untuk bersiap sedia menghadapi gangguan lalu lintas, serta kemungkinan tanah runtuh.

Angin dijangka semakin kuat di sepanjang pantai Laut Jepun sehingga Ahad, dengan kemungkinan ribut salji di beberapa kawasan, menurut agensi itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan