Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis perhimpunan bulanan warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini. Foto, Amirudin (TVS)

Kerajaan sedia tambah peruntukan RM200 juta untuk latihan penjawat awam muda

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 3 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bercadang menyediakan peruntukan tambahan sehingga RM200 juta untuk memberikan latihan bidang teknikal kepada penjawat awam dalam kalangan pegawai muda.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan mahu penjawat awam yang disasarkan menerima latihan sewajarnya termasuk di luar negara.

“Ruang kepada kepada penjawat awam, terutamanya dalam kalangan muda harus diberikan sepenuhnya, dari segi kecekapan, kecerdasan buatan, digital dan perubahan tenaga.

“Saya mahu mulai tahun ini penjawat awam yang muda diberikan pendedahan yang maksimum supaya dalam satu atau dua tahun akan datang kita dapat lahirkan barisan kedua penjawat awam yang bukan sahaja dapat menyelami hasrat kerajaan, tetapi mempunyai kepakaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau meminta agar latihan itu dilaksanakan secara menyeluruh termasuk peringkat teknik, pertanian dan teknikal rendah bagi memastikan wujud penambah baikan dalam menyampaikan perkhidmatan.

Dalam pada itu, Anwar menggesa semua kakitangan penjawat menambah baik tadbir urusnya menjelang minggu depan.

Anwar mengakui, terdapat isu dalam perkhidmatan awam yang perlu diselesaikan seperti ketirisan dan ketidakpatuhan waktu bekerja.

“Kita tahu untuk membawa perubahan memerlukan setiap usaha, dan setiap pengorbanan melibatkan semua pihak sama ada anda berkerja di lapangan atau pun di sempadan

“Setiap jabatan mesti memastikan semua orang terlibat,” tegasnya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan