Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Jumaat dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Foto fail TVS

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh, disokong operasi BNM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Jumaat dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM21.18 bilion dalam sistem konvensional manakala RM32.01 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan tiga tender repo berbalik iaitu bernilai RM2.2 bilion bagi tujuh hari, RM1.5 bilion untuk 31 hari dan RM1.5 bilion bagi 90 hari.

BNM juga akan melaksanakan tender repo berbalik semalaman bernilai RM2 bilion untuk tiga hari.

Selain itu, bank pusat mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan, dan tiga bulan.

Pada pukul 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional sehingga RM28.4 bilion dan tender semalaman Murabahah RM32.5 bilion. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan