Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tentera Israel membakar beberapa rumah di Aitaroun, yang terletak di daerah Bint Jbeil di selatan Lubnan, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) pada Rabu. Foto fail AFP

Israel terus langgar gencatan senjata, bakar rumah di selatan Lubnan

ByBernama

TEHRAN, 2 Jan: Dalam pelanggaran terbaru terhadap gencatan senjata yang bermula pada 27 November 2024, tentera Israel telah menyerang dan membakar rumah di selatan Lubnan, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA) memetik media tempatan.

Tentera Israel membakar beberapa rumah di Aitaroun, yang terletak di daerah Bint Jbeil di selatan Lubnan, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) pada Rabu.

NNA turut melaporkan dron Israel dikesan terbang di ruang udara Dahieh, pinggir bandar Beirut dan Tyre, bandar kelima terbesar di Lubnan, melanggar gencatan senjata buat kali kedua pada hari pertama 2025.

Namun, Israel telah banyak kali melanggar perjanjian gencatan senjata itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan