Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau

Azam tahun baharu jadikan diri lebih baik

ByMahathir Haroun

KUCHING, 2 Jan: Setiap rakyat Sarawak perlu terus merancang kehidupan lebih baik pada tahun baharu, 2025 bagi memastikan setiap impian menjadi kenyataan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau berkata, sudah pasti tahun 2024 meninggalkan banyak memori indah.

“Memasuki tahun baharu, sudah pasti semua kita mempunyai impian untuk digapai.

“Oleh itu, kita perlu terus merancang untuk tahun ini dan akan datang agar impian kita mampu dikecapi,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, kejayaan yang dicapai sebelum ini juga perlu menjadi motivasi untuk mencapai kejayaan lebih besar pada masa akan datang.

Untuk rekod, sambutan tahun baharu 2025 yang berlangsung di Tebingan Kuching baru-baru ini meriah dengan kehadiran ribuan pengunjung walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Suasana penuh meriah itu mencerminkan semangat warga Sarawak yang tidak gentar dengan cabaran cuaca demi menyambut detik bersejarah bersama-sama keluarga dan rakan.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hadir untuk menyempurnakan majlis.

Turut sama meraikan sambutan, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan isteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, bersama barisan pemimpin Kerajaan Sarawak.

Majlis yang bermula seawal jam 8 malam itu menampilkan persembahan bertenaga daripada artis terkenal tempatan dan negara yang memeriahkan lagi suasana malam tersebut.

Puncak acara menyusul apabila kiraan detik terakhir menuju tahun baharu diiringi persembahan bunga api yang menerangi langit Tebingan Kuching, memukau pengunjung yang hadir.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan