Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang suri rumah tidak menyangka rutin harian membuang sisa ikan bertukar menjadi pengalaman mendebarkan apabila seekor buaya sepanjang 1.4 meter tiba-tiba muncul di parit di hadapan rumahnya di Lorong Masjid Tal 7, Pasir Mas, semalam. Foto JBPM Kelantan

Suri rumah tergamam buaya muncul di parit

ByBernama

KOTA BHARU, 1 Jan: Seorang suri rumah tidak menyangka rutin harian membuang sisa ikan bertukar menjadi pengalaman mendebarkan apabila seekor buaya sepanjang 1.4 meter tiba-tiba muncul di parit di hadapan rumahnya di Lorong Masjid Tal 7, Pasir Mas, semalam.

Ong Lian Hui, 56, berkata pada mulanya dia menyangka haiwan itu hanya seekor biawak besar namun jangkaannya meleset apabila melihat reptilia itu, yang menerkam sisa ikan dibuangnya, lebih dekat.

“Saya tergamam apabila sedar ia sebenarnya buaya. Saya terus beritahu penduduk setempat dan tidak lama kemudian ramai yang datang untuk melihat sendiri haiwan itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut Ong, selepas kemunculan pertama buaya itu menghilang tetapi muncul semula sekitar pukul 9 pagi dan 3 petang hari ini.

“Buaya itu muncul selepas anjing peliharaan saya menyalak bertalu-talu. Saya takut buaya itu mencederakan anjing saya, jadi saya segera menghubungi bomba,” katanya.

Ong berkata kejadian itu mengejutkan penduduk sekitar kerana ini adalah kali pertama buaya dilaporkan muncul di kawasan itu.

“Saya percaya buaya ini sesat dan telah dihanyutkan air banjir baru-baru ini ke kawasan perumahan ini,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas Adnan Muhammad Juri berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.02 pagi tadi.

“Sepasukan 10 anggota bomba dikerahkan ke lokasi tetapi setibanya kami di sana, buaya itu sudah tiada,” katanya.

Adnan berkata pihak bomba akan memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu, penduduk dinasihatkan supaya berhati-hati dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika melihat haiwan liar di kawasan mereka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan