Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Anak Direman, Tikam Bapa Sendiri

ByNur Suhaida Muliyono

SARIKEI: Ekoran tindakan agresif menikam bapa sendiri, seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintenden Awang Arfian Awang Bujang berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut sekitar jam 1:10 pagi Sabtu.

Bertindak atas laporan tersebut, pihak polis telah menahan suspek untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pertengkaran antara mangsa yang berusia 53 tahun dengan suspek berlaku di sebuah rumah di kawasan Selalang lebih kurang jam 10:19 malam Jumaat.

Pertengkaran tersebut telah menyebabkan suspek menikam mangsa dengan sebilah pisau.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan