Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
砂元首敦旺朱乃迪和元首后杜潘弗兹雅,在抵达古晋河滨公园参与2025跨年庆典时,受到热烈欢迎。

Ambang 2025 meriah di Tebingan Kuching walaupun hujan lebat

ByShafik Ahmad

KUCHING, 1 Jan: Tebingan Kuching bergema dengan sorakan ribuan pengunjung yang tetap bersemangat meraikan sambutan ambang tahun baharu 2025 meskipun hujan lebat mencurahi lokasi pada Selasa malam.

Suasana penuh meriah itu mencerminkan semangat warga Sarawak yang tidak gentar dengan cabaran cuaca demi menyambut detik bersejarah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Tebingan Kuching bergema dengan sorakan ribuan pengunjung yang tetap bersemangat meraikan sambutan ambang tahun baharu 2025 meskipun hujan lebat mencurahi lokasi pada Selasa. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, hadir untuk menyempurnakan majlis.

Turut sama meraikan sambutan, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan isteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, bersama barisan pemimpin kerajaan negeri.

Majlis yang bermula seawal jam 8 malam itu menampilkan persembahan bertenaga daripada artis-artis terkenal tempatan dan negara yang memeriahkan lagi suasana malam tersebut.

Tebingan Kuching bergema dengan sorakan ribuan pengunjung yang tetap bersemangat meraikan sambutan ambang tahun baharu 2025 meskipun hujan lebat mencurahi lokasi pada Selasa. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Puncak acara menyusul apabila kiraan detik terakhir menuju tahun baharu diiringi persembahan bunga api yang menerangi langit Tebingan Kuching, memukau pengunjung yang hadir.

Hujan lebat seolah-olah tidak memadamkan semangat mereka, malah menambahkan keunikan sambutan tahun ini.

Sambutan ambang tahun baharu di Tebingan Kuching sekali lagi membuktikan keunikan dan daya tarikannya, menjadi bukti semangat perpaduan dan kebersamaan rakyat Sarawak dalam menyambut detik bersejarah bersama-sama. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan