Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang bapa kandung dan bekas isterinya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendedahkan dan menganiaya anak perempuan mereka di sebuah kondominium, bulan lepas. Foto hiasan Envato

Bekas suami isteri didakwa dedah, aniaya anak perempuan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Seorang bapa kandung dan bekas isterinya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendedahkan dan menganiaya anak perempuan mereka di sebuah kondominium, bulan lepas.

Lelaki berusia 34 tahun dan wanita berusia 33 tahun, yang ketika kejadian merupakan pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Egusra Ali.

Lelaki itu didakwa mendedahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun sembilan bulan semasa kejadian sehingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa di sebuah kondominium di Jalan Kuching, Sentul di sini antara 9 hingga 11 malam, 21 Nov lepas.

Wanita itu yang juga ibu tiri kanak-kanak berkenaan, dituduh menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya di tempat, masa dan tarikh sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd Rauf mencadangkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan mereka perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai, selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran dan tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan.

Peguam Farriz Minarwan Basaruddin yang mewakili tertuduh wanita dan Mohamad Zainuddin Abu Bakar mewakili tertuduh lelaki memohon jaminan rendah atas alasan anak guam mereka mempunyai tanggungan keluarga.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 berserta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 23 Jan ini untuk sebutan kes. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan