Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua suspek samun kedai serbaneka 24 jam ditahan polis

Ingkar PKP 3.0, 1,382 Kompaun Bernilai RM3.6 Juta Dikeluarkan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING: Sebanyak 1,382 kompaun atas 10 kesalahan utama sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah mendedahkan nilai keseluruhan kompaun yang dikeluarkan dalam tempoh berkenaan mencecah RM3.6 juta setakat ini.

“Antara kesalahan tersebut termasuk keluar melebihi had waktu sebanyak 383 kompaun, tiada penjarakan fizikal (279), tidak memakai pelitup muka (173), kenderaan melebihi kapasiti (136) dan gagal mendaftar MySejahtera (129),” katanya.

Lima lagi kesalahan yang turut dikompaun ialah aktiviti di tempat awam (79), tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sebanyak 58 kompaun, premis beroperasi tanpa kebenaran (39), mengunjungi premis beroperasi tanpa kebenaran (22) dan rentas daerah tanpa permit (17).

Ahsmon menegaskan IPD Kuching akan terus komited dalam memastikan pematuhan SOP PKP yang telah ditetapkan dalam usaha meleraikan penularan wabak Covid-19.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan