Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keputusan telah dibuat untuk menghantar kotak hitam pesawat penumpang Embraer 190, yang terhempas berhampiran Aktau, ke Pusat Penyiasatan dan Pencegahan Kemalangan Aeronautik Brazil (CENIPA), mencerminkan pendekatan objektif dan berprinsip Azerbaijan. Foto AFP

Kotak hitam pesawat Embraer 190 yang terhempas akan dihantar ke Brazil

ByBernama

BAKU (Azerbaijan), 30 Dis: Keputusan telah dibuat untuk menghantar kotak hitam pesawat penumpang Embraer 190, yang terhempas berhampiran Aktau, ke Pusat Penyiasatan dan Pencegahan Kemalangan Aeronautik Brazil (CENIPA), mencerminkan pendekatan objektif dan berprinsip Azerbaijan.

Agensi Berita Negara Azerbaijan (AZERTAC) melaporkan Kementerian Pembangunan Digital dan Pengangkutan menyatakan bahawa pakar Azerbaijan akan menyelia dan mengambil bahagian secara aktif dalam proses penghantaran dan merungkai kod di CENIPA.

Selain itu, pakar antarabangsa dalam bidang itu, yang dijemput oleh Azerbaijan, akan menyumbang kepada proses tersebut.

Pendekatan kerjasama ini memastikan siasatan dijalankan dengan penuh ketelusan dan selaras dengan piawaian antarabangsa. Ia juga bertujuan untuk menghapuskan sebarang keraguan tentang objektiviti penyiasatan dan meningkatkan kebolehpercayaan penemuannya untuk komuniti global.

Kementerian itu menekankan keupayaan teknikal canggih CENIPA dalam penyiasatan kemalangan pesawat. Dilengkapi dengan teknologi terkini dan makmal yang diperakui di peringkat antarabangsa untuk penyahsulitan data, pusat itu diyakini mampu melaksanakan tugas itu dengan baik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan