Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menerima kunjungan hormat daripada Omar Mahli di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto TVS

Lebih 1,500 guru baharu Sarawak akan ditempatkan menjelang pertengahan Januari 2025

ByMuqri Aziz

KUCHING, 30 Dis: Lebih 1,500 guru baharu Sarawak yang berjaya dalam temu duga akan mula bertugas di seluruh Sarawak menjelang pertengahan Januari 2025, menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak (JPNS), Omar Mahli.

Beliau berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah menyelesaikan proses temu duga dan keputusan telah disampaikan kepada calon yang berjaya.

“Calon-calon sudah menerima keputusan masing-masing. Ketika ini, pihak Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menyemak penempatan melalui sistem e-graduan.

“Saya dimaklumkan bahawa mereka akan mula ditempatkan di seluruh Sarawak menjelang pertengahan Januari depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sempena pelantikannya ke jawatan itu di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Beliau yang menggantikan Datu Dr Azhar Ahmad selepas persaraannya pada 14 November lepas, sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) di Kementerian Pendidikan di Putrajaya.

Menurut Omar, daripada lebih 12,000 calon yang melepasi saringan, hanya 1,500 penempatan diperlukan yakni lebih 300 daripada jumlah itu akan ditempatkan di sekolah menengah manakala selebihnya di sekolah rendah.

Mengulas perancangannya sebagai Pengarah JPNS yang baharu, Omar menekankan komitmennya untuk memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD).

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Sarawak termasuk mengadakan sesi libat urus yang lebih kerap bersama agensi-agensi kerajaan.

“Ini bertujuan untuk menjelaskan dasar pendidikan serta program baharu terutama yang mungkin menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” jelas beliau.

Penempatan guru baharu itu diharapkan dapat memperkasakan sektor pendidikan di Sarawak terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman yang sering mengalami kekurangan guru.

Omar turut mengucapkan terima kasih kepada Premier Sarawak dan Kerajaan Sarawak atas sokongan padu terhadap JPNS. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan