Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu pagi ini semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS). Foto fail Bernama

Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu meningkat pagi ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu pagi ini semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 882 orang setakat pukul 8 pagi ini, melibatkan 267 keluarga di 19 PPS berbanding 482 mangsa malam tadi.

Menerusi Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jajahan Tanah Merah mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 633 orang daripada 208 keluarga di 13 PPS, diikuti Kuala Krai 165 mangsa daripada 38 keluarga di empat PPS dan Machang 84 mangsa daripada 21 keluarga di dua PPS.

Portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati paras Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepasi paras bahaya iaitu 9.11 meter (bahaya 9.0 meter).

Dua sungai di Tanah Merah dicatatkan berada pada paras amaran iaitu Sungai Golok di Kampung Jenob pada paras 23.16 meter (amaran 22.5 meter) dan Sungai Sokor pada paras 22.49 meter (amaran 21.0 meter).

Di TERENGGANU pula jumlah mangsa meningkat kepada 651 mangsa daripada 177 keluarga pagi ini berbanding 112 orang daripada 37 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan Hulu Terengganu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 412 orang daripada 111 keluarga, diikuti Besut (228 mangsa, 61 keluarga) dan Kemaman (11 mangsa, lima keluarga).

Kesemua mereka kini ditempatkan di 17 PPS dan trend jumlah mangsa masih menunjukkan peningkatan susulan hujan berterusan di beberapa kawasan di negeri itu.

Sementara itu semakan di portal Public InfoBanjir menunjukkan hanya stesen Sungai Telemong di Kuala Ping (F1) daerah Hulu Terengganu mencatatkan tahap bahaya iaitu 20.89 meter.

Selain itu Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman; Sungai Terengganu di Rumah Pam Pulau Bahagia (F1), Kuala Terengganu dan Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu berada pada paras amaran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan