Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kedutaan Thailand di Seoul mengesahkan bahawa dua rakyatnya berada di atas pesawat Jeju Air yang terhempas di sebuah lapangan terbang di barat daya Korea Selatan pada Ahad. Foto AFP

Kedutaan Thailand sahkan dua rakyatnya terlibat dalam insiden pesawat Jeju Air

ByBernama

BANGKOK, 29 Dis: Kedutaan Thailand di Seoul mengesahkan bahawa dua rakyatnya berada di atas pesawat Jeju Air yang terhempas di sebuah lapangan terbang di barat daya Korea Selatan pada Ahad.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan dan Jurucakap Kementerian Luar Negeri (MFA), Nikorndej Balankura, menyatakan bahawa Kedutaan Thailand di Seoul sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Korea Selatan bagi memantau keadaan.

Nahas pesawat Jeju Air, tiada rakyat Malaysia terbabit

“Laporan awal menunjukkan terdapat dua penumpang Thailand di dalam pesawat. Keadaan mereka sedang disahkan dan sebarang kemas kini akan dikongsi secepat mungkin,” kata Nikorndej dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Dilaporkan bahawa pesawat yang membawa 175 penumpang dan enam kru itu berlepas dari Thailand dan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di Korea Selatan ketika insiden berlaku.

Kedutaan Thailand turut menggesa ahli keluarga rakyat Thailand yang berada di atas pesawat itu untuk menghubungi kedutaan bagi mendapatkan kemas kini atau maklumat lanjut melalui talian kecemasan +82 10 6747 0095 atau +82 10 3099 2955.

Nahas pesawat Jeju Air, tiada rakyat Malaysia terbabit

Sementara itu, Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra melalui akaun rasmi X miliknya, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga penumpang yang terkorban dan cedera dalam insiden berkenaan.

Paetongtarn berkata Kementerian Luar Negeri Thailand diarahkan untuk menyiasat sama ada terdapat penumpang Thailand dan situasi semasa.

“Saya telah mengarahkan bantuan segera. Jika ada penumpang Thailand, sila hubungi keluarga mereka untuk memaklumkan perkembangan dan pastikan Kementerian Luar Negeri melaporkan situasi ini pada setiap masa,” katanya.

Agensi Berita Yonhap melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 62 orang terkorban dan ramai lagi cedera selepas pesawat itu tergelincir dari landasan ketika cuba mendarat lalu melanggar pagar di lapangan terbang di daerah Muan, kira-kira 288 kilometer di barat daya Seoul.

Kerosakan pada gear pendaratan dipercayai menjadi punca pesawat itu terhempas ketika cuba melakukan pendaratan cemas selepas percubaan pendaratan pertama gagal, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik pihak berkuasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan