SEOUL, 29 Dis: Sebuah pesawat Jeju Air dari Bangkok, Thailand terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan kira-kira 9.07 pagi waktu tempatan.
Pesawat Jeju Air 7C2216 yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal itu meragut 29 nyawa, lapor agensi berita Yonhap pada Ahad.
Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada perlanggaran dengan burung yang menyebabkan kerosakan pada gear pendaratan ketika pesawat itu cuba mendarat di lapangan terbang di barat daya negara tersebut.
Satu foto menunjukkan bahagian ekor pesawat terbakar di kawasan yang kelihatan seperti tepi landasan dengan anggota bomba dan kenderaan kecemasan berhampiran. -TVS