Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua pasukan kelab bola sepak Burnley, Josh Brownhill hari ini menafikan khabar angin yang tular di media sosial mengenai kewarganegaraannya, yang dikaitkan dengan Malaysia. Foto AFP

Josh Brownhill nafi khabar angin kaitkan beliau dengan Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Ketua pasukan kelab bola sepak Burnley, Josh Brownhill hari ini menafikan khabar angin yang tular di media sosial mengenai kewarganegaraannya, yang dikaitkan dengan Malaysia.

Menerusi catatan di instagramnya, pemain tengah berusia 29 tahun yang telah menjadi pemain utama pasukan Burnley sejak 2020 itu menjelaskan bahawa beliau berbangsa Inggeris.

“Sekadar mahu menangani situasi mengenai beberapa khabar angin yang tersebar. Malangnya satu-satunya kewarganegaraan saya ialah Inggeris, dan saya bukan rakyat Malaysia seperti yang difikirkan oleh sesetengah orang.

“Saya tidak pasti bagaimana semua khabar ini bermula, tetapi saya perlu buat penjelasan, bagaimanapun saya ucapkan terima kasih terhadap sokongan semua pihak, terima kasih,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi di Instagram, awal hari ini.

Kenyataan Brownhill itu itu dibuat susulan kemunculan banyak spekulasi mengenainya di media sosial, dengan beberapa peminat tersalah anggap, dan menyangka beliau mempunyai hubungan dengan Malaysia, yang membawa kepada spekulasi bahawa beliau mungkin layak bermain untuk skuad Harimau Malaya.

Beliau yang merupakan bekas pemain Bristol City FC, mengucapkan terima kasih terhadap sokongan berterusan peminat.

Pemain tengah pasukan The Clarets itu terkenal dengan kualiti kepimpinannya di dalam dan di luar padang.

Terdahulu pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail yang terkenal dengan pengaruhnya dalam arena bola sepak tempatan, berkongsi perbualan dengan pemian bola sepak itu menerusi pesanan langsung Instagram, meminta Brownhill membuat penjelasan berhubung perkara itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan